Ahad, 1 Disember 2013

Perginya aku mengalas tanggungjawab yang besar kerana agama,keluarga dan negara..
Pergiku jua untuk mengejar cita-cita…
Akan aku pulang dengan kejayaan setelah pergiku diiringi dengan doa seikhlas hatimu..
Doakan aku pergi dan pulang dengan sejahteranya..
Telahku tinggalkan kenangan ini bersamamu..
Usah kau gundah aku masih di sini (hati) dekat denganmu..
Tidak usah kau bimbang,tidak akan lagi aku ulangi kesilapan yang dulu..
Kerna aku fahami jarak dan masa mengubah segalanya..
Akanku ingat pesanmu duhai ibu..
Tak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan..tapi aku hanya mampu berusaha.
Berusaha menjadi yang terbaik meskipun aku tahu diri ini tak bisa sempurna..
Ini semua ku lakukan demi kebaikanku kelak dan kebaikan orang di sekelilingku..
Ku pohon seribu kemaafan jika pulangku hanya dengan tangisan…
Kerana mungkin takdir sudah ketentuan Tuhan..
Kesakitan yang ku rasakan biarlah aku seorang yang memendam..
Itu lebih baik daripada menyakiti orang lain dengan air mata~
Akan aku simpan rapi-rapi senyumanmu di dalam kotak hati <3

your beloved
Nurin_


Tiada ulasan:

Catat Ulasan